Aplikasi LinkedIn Mobile

Cara terpantas untuk menjelajahi dunia profesional anda. Dapatkan berita dan maklumat yang penting bagi dunia profesional anda, ringkasan harian tentang perkara yang berlaku dalam rangkaian anda dan cara pantas untuk berhubung dan mengikuti perkembangan terkini – semuanya pada aplikasi LinkedIn.

Pakej aplikasi untuk menghubungkan anda kepada peluang

Daripada carian pekerjaan kepada pembinaan kemahiran, aplikasi kami disediakan untuk membantu anda mencapai potensi profesional anda – dan tidak terhingga. Terokainya.

Carian Pekerjaan LinkedIn (Aplikasi Mudah Alih)

Cari pekerjaan yang hebat. Lihat siapa yang anda kenal. Mohon dengan hanya satu klik. Carian Pekerjaan LinkedIn (Aplikasi Mudah Alih) memberi anda kesemua peralatan yang perlu bagi memudahkan anda mencari kerja yang diminati - atau memudahkannya menemui anda. Kini dijana oleh Premium.

LinkedIn Pulse

Berita harian anda, dijana oleh dunia profesional anda. Pulse menyampaikan berita khusus yang anda perlukan, menjimatkan masa anda. Lihat apa yang rakan anda baca dan ikuti perkembangan berita utama industri.

Kumpulan LinkedIn

Sertai perbincangan bijak. Dengan Kumpulan LinkedIn, anda mempunyai akses kepada golongan profesional yang berfikiran serupa dengan anda dan anda boleh belajar daripada pengalaman mereka. Ia bagaikan berkumpul dengan pakar terkemuka dalam industri anda.

LinkedIn SlideShare (Aplikasi Mudah Alih)

Pelajari topik baharu dengan cepat melalui lebih daripada 18 juta pembentangan, infografi dan video oleh profesional terbaik – di hujung jari anda.

LinkedIn Learning

Pelajari kemahiran perniagaan, teknologi dan kreatif yang paling popular dengan saranan yang diperibadikan serta kursus yang diajar oleh pakar industri.

Strim atau muat turun kursus untuk dilihat di luar talian.

LinkedIn Lookup

Peralatan terbaik untuk mencari, mengetahui dan menghubungi rakan sekerja. Cari rakan sekerja yang mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi menyempurnakan kerja anda atau orang yang mempunyai latar belakang yang sama untuk membina perhubungan baharu dalam kerjaya.

Ketahui tentang aplikasi Premium kami

Manfaatkan LinkedIn sepenuhnya dengan aplikasi yang membantu anda mencari bakat, berinteraksi dengan prospek dan membina reputasi yang dapat memajukan anda lagi.

LinkedIn Recruiter

Tiada cara lain yang semudah ini untuk mencari serta mendapatkan pekerja berbakat daripada mana-mana sahaja. Cari dan lihat profil milik individu yang bakal diambil bekerja, balas calon dengan cepat dan pastikan projek kekal teratur.

LinkedIn Sales Navigator

Cari dan berinteraksi dengan prospek yang tepat dengan LinkedIn Sales Navigator dari mana-mana sahaja anda berada. Cari prospek dan akaun dalam pasaran sasaran anda, berhubung atau hantar mesej dan dapatkan kemas kini masa nyata.

LinkedIn Elevate

Bina reputasi anda dengan berkongsi kandungan bijak. Terokai artikel yang menarik daripada orang yang penting di syarikat anda. Kongsi perkara yang anda rasakan penting – kemudian nilai impak anda.